Soalan Lazim
Soalan Lazim (FAQ)
Soalan 1 : Berapakah kos atau harga untuk membangunkan setiap projek?
Jawapan : Oleh kerana setiap projek adalah berbeza dari segi fungsi dan kerumitannya, sebab itu ia adalah payah untuk menetapkan harga yang tertentu. Sila senaraikan keperluan dan fungsi-fungsi projek anda yang terperinci supaya kami dapat menganggar kos untuk projek tersebut. Sekiranya anda belum ada fungsi projek yang terperinci, kami akan menganggar lingkungan kos untuk projek tersebut.
Soalan 2 : Berapa lama yang diperlukan untuk menyiapkan setiap projek?
Jawapan : Masa untuk menyiapkan setiap projek tertakluk kepada bilangan fungsi-fungsi dan kerumitannya. Jikalau projek tersebut berskala besar dan rumit, maka ia akan makan masa yang lebih panjang. Berdasarkan pengalaman kami, masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu projek adalah dalam lingkungan beberapa hari sehingga beberapa bulan.
Soalan 3 : Apakah bahasa pengaturcaraan yang anda paling mahir?
Jawapan : Sebagai pengaturcara, kami perlu sentiasa menyikuti perkembangan terbaru dalam bidang IT supaya kami dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami. Oleh itu, kami sentiasa mempelajari teknologi IT dan bahasa pengaturcaraan baru. Anda boleh melayari "Tentang Kami" untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang teknologi dan bahasa pengaturcaraan yang kami gunakan. Walau bagaimanapun, Java adalah bahasa pengaturcaraan yang paling digemari kami :)
Soalan 4 : Kenapa kami tidak menyenaraikan semua keterangan projek-projek yang telah siap secara terperinci?
Jawapan : Oleh kerana kami pernah menandatangani Perjanjian NDA (Non-Disclosure Agreements) dengan syarikat-syarikat tertentu, kami tidak boleh mendedahkan butir yang sulit tentang projek tersebut. Tujuan kami menyenaraikan projek-projek yang telah siap hanyalah untuk menunjukkan kemahiran kami yang menyeluruh dalam bidang IT.
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 03 Jun 2010 12:40 )











