Saya seorang pengaturcara profesional berpengalaman yang telah bekerja di Industri Perisian lebih daripada 15 tahun. Pada masa ini saya menyediakan perkhidmatan pengaturcaraan bebas kepada pelanggan. Dengan pengalaman saya dalam bidang pengaturcaraan, saya mempunyai pengetahuan teknikal yang luas untuk membantu pelanggan saya mencari solusi yang lengkap semasa pembangunan projek.

Saya telah membangunkan lebih daripada 300+ sistem dan program sepanjang kerjaya saya. Sistem-sistem ini merangkumi bidang yang luas dalam industri IT dari antara muka pengguna (mudah alih / PC) sehingga pelayan sistem dalaman (Server) menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dan perlbagai platform yang berbeza.

 

Perkhidmatan yang disediakan :

  • Membangunkan sistem perisian yang ditempah khas untuk syarikat atau individu diatas PC atau pelayan yang meliputi pelbagai platform.
  • Membangunkan aplikasi Android dan aplikasi iPhone menggunakan SDK asli.
  • Membangunkan perisian tempahan khas untuk hardware seperti pembaca kad SmartCard, pembaca ibu jari, PDA, RFID, telefon mudahalih dan lain-lain.
  • Terima IT Projek Outsourcing.
  • Pengaturcaraan aplikasi Web.
  • Pengaturcaraan Macro.
  • Pengubahsuaian dan modifikasi projek Open Source (Seperti Joomla, WordPress, OsCommerce, dan lain-lain).
  • Integrasi sistem pembayaran bagi laman membeli-belah seperti Paypal, E-Gold, NBePay dan lain-lain.
  • Data scrapping/mining dari laman web.
  • Bagi perkhidmatan pengaturcaraan yang tidak tersenarai, sila hubungi saya untuk pengesahan.

 

Sesiapa yang mempunyai pertanyaan atau berminat untuk membangunkan projek dialu-alukan untuk menghubungi saya untuk perbincangan secara terperinci. Saya boleh membantu dan memberi perkhidmatan yang menyeluruh untuk membangunkan sistem perisian berdasarkan keperluan khas perniagaan anda. Tidak kira sama ada anda menjalankan perniagaan, bekerja, belajar, atau hanya belajar pengaturcaraan secara hobi, sila WhatsApp / SMS atau e-mel saya bila-bila masa.

 

Kenapa Anda Pilih Perkhidmatan saya ?

  • Profesional dan mempunyai pengalaman yang mendalam di industri pembangunan perisian dengan pengalaman pengaturcaraan yang kukuh dalam C / C++.
  • Bertanggungjawab dan memberi sokongan susulan untuk projek-projek yang dibangunkan.
  • Semua projek yang diterima adalah 100% dibangunkan oleh saya sendiri untuk memastikan kualiti sistem terjamin.
  • Berdedikasi dan memastikan projek yang diterima disiapkan tepat pada masa.
  • Harga boleh dirunding. (Bergantung kepada fungsi-fungsi dan kerunitan sistem atau projek).